Isnin, 15 Oktober 2012

Koleksi Petua Wanita Untuk Penjagaan Perut.






Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. 

Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang
cantik serta mudah untuk

mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang 

mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.




A. Mengempiskan Perut

• Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. 





Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.



• Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 





10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.



• Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya 





semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.



• Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan 





pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat 





beberapa cara untuk menangani masalah ini.





• Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan 





satu sudu besar air limau nipis. Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan ikat dengan 





bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.









B. Masalah Kulit Perut Berkedut - 





Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur 





sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah 





dalam masa 2 minggu.