Jumaat, 14 September 2012

Petua Makanan Untuk Kepintaran Akal



Makanan Untuk Kepintaran Akal terbahagi kepada byk unsur antaranya ialah KARBOHIDRAT,PROTEIN,LEMAK,MINERAL,VITAMIN & SERAT.
KARBOHIDRAT - Ia membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

PROTEIN - Ia amat perlu untuk kesihatan otak keseluruhannya. Protein berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang peas dan lain-lain.


LEMAK - Lemak membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.

AIR - Air merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya mengekalkan kesihatan otak. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya, minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.

MINERAL - Mineral diperlukan untuk aktiviti saraf di mana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur-sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.

VITAMIN - Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.

Vitamin A - Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin B - Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C - Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

SERAT - Serat melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.