Tumbuhan Herba Untuk Penjagaan Kesihatan ..
1. Barucina: Memperbaiki sistem peredaran darah
secara menyeluruh, membantu mencegah dan
memperbaiki sumbatan-sumbatan yang
berkemungkinan ada pada pembuluh darah.
2. Buah Makasar: Bersifat hemostatik di mana ia
boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok. Namun begitu, jika
pengubatan hanya berdasarkan pada buah makasar sahaja, hasil yang diperolehi
tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu dikombinasikan
dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok secara menyeluruh.
3. Daun Dewa: Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan
bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan
untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah
berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.
4. Pokok Ati-Ati: Bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya
penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain
untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.
5. Jati Belanda: Berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan
kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan
menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya
serangan strok.
6. Konfrei: Berfungsi untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah, memperbaiki
peredaran darah serta menstabilkan tekanan darah.
7. Mengkudu: Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat
menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
8. Mahkota Dewa: Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah,
menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan
selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.
9. Pegaga: Membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah
ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang
boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.
10. Pulai: Berperanan menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta
melancarkan aliran darah.
11. Sambung Nyawa: Bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol,
menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan
fungsi ginjal dan diuretik.
12. Hempedu Bumi: Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah
serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.
13. Sembung: Menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke
seluruh tubuh.
14. Temu Putih: Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah,
melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas
berlakunya serangan strok.
15.Jintan Hitam/Habbatus Sauda: Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan
daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah
berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.