Jumaat, 12 Oktober 2012

Fungsi & Kebaikan Apple Cider




BRAGG APPLE CIDER

Fungsi & Kebaikan Apple Cider :-

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu
mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma badan untuk menyingkir lemak2 terkumpul pada badan anda.

Fungsi & Kebaikan Apple Cider :-

Untuk pengguna Madu, anda boleh mencampurkan 'Apple Cider'- 2 sudu kecil bersama madu campur air biasa/sejuk minum begitu sahaja pun boleh, ia bertujuan membantu meningkatkan metabolisma badan....

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Apple Cider digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh..

CARA GUNA: 2 sudu kecil APPLE CIDER boleh campur dalam sesudu madu - 2 kali sehari .
  
============================================
Pilih Lah 'Apple Cider" yg mempunyai Geladak di dalamnya... kerana ia lebih sempurna proses pembuatannya, berbanding yg jenis clear water tu kerana didapati proses pembuatan cuka tersebut tidak berapa natural... biasa proses pemerapan cuka diganti dgn yis bagi mempercepatkn proses pemerapan...


Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Apal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan “fermentation” yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan.

Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan ‘honergar’ (madu + cuka epal).

Mengikut penyelidikannya, air campuran itu boleh membunuh bakteria yang memudaratkan dalam usus manusia dan menyarankan agar ia diminum sebagai minum harian sebagai tonik kesihatan.

Rasanya memang menyegarkan seperti rasa teh limau dan masam-masam manis. Pesakit kencing manis disyorkan tidak melebihi dua sudu teh madu sehari.

Dari segi zat nutrien (makanan yang berkhasiat), cuka epal kaya dengan vitamin, zat galian, enzim dan asid amino, iaitu bahan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.

Ia juga mengandungi antioksida yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh manusia.

Cuka epal mengandungi sejenis serat pektin atau serat larut air. Serat larut air membantu dalam melawaskan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

Kelebihan cuka epal adalah seperti berikut:

Kencing manis
Beberapa kajian membuktikan bahawa cuka epal dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah.
Mengikut penyelidikan Universiti Arizona yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Cara, individu yang meminumnya mempunyai kadar glukosa yang lebih baik.
Kajian selanjutnya membuktikan bahawa ia dapat mengawal glukosa dalam darah agar tidak meningkat secara mendadak selepas jamuan.

Resipi sihat untuk mengawal berat badan
Cuka epal digunakan dalam banyak program penurunan berat badan kerana dipercayai dapat membantu mengawal nafsu makan dan menahan lapar.
Ia boleh digunakan sebagai bahan ‘dressing’ untuk salad yang enak apabila ditambah dengan madu dan minyak ‘flax’ serta digaul dalam sayur-sayuran dan dimakan mentah seperti ulam.
Ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding mayonais atau salad dressing thousand island yang mengandungi lebih banyak kalori.

Rasanya lebih enak jika salad itu ditambah kismis, anggur atau biji bunga matahari (sunflower seeds).
Kelebihan lain :-
1) Menurunkan berat badan
2) Penjagaan rambut
3) Penjagaan haiwan peliharaan
4) Bahan masakan
5) Kesihatan – menyembuh penyakit gout, alergi, jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang
kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi) dan menurunkan tekanan darah tinggi.
6) Pembersihan rumah – bersih lantai, tingkap dll.

Hati-hati – Tidak semua cuka apal yang dijual cara pembuatannya natural
Banyak cuka epal yang di komersialkan telah dipasteurkan, disuling untuk menjadikannya produk yang bagus. Malangnya, penambahan pemprosesan cuka epal ini boleh memusnahkan kebaikan yang ada.
Jadi secara alternativnya anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:
1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.

kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG” kerana diproses secara organik. Kalau jenama yang lain (seperti jenama “HEINZ”) walaupun harganya murah dibimbangi cara pembuatan tidak natural sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komersial biasanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.
Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat darinya.