Isnin, 15 Oktober 2012

Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan bersama ALSDII.




Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan

Jika anda mengambil ALSDII ataupun apa sahaja jenis diet yang anda lakukan, dan masih 

mengalami masalah untuk menurunkan berat badan; maka jangan lupa melihat bahan-

bahan yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.





Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah :-


#Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake 
inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan. 


#Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan estrogen didalam badan dan menghalang insulin serta mengganggu penurunan berat badan.

#Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan.
Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.

Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang juga boleh menghalang penurunan berat badan anda ketika berdiet. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT MELAINKAN SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDAA