Sauna atau apapun jenis program pelangsingan, memerlukan
komitmen dan usaha yang konsisten daripada setiap pengguna. Selain daripada
bersauna semata, untuk melihat kesan yang ketara akan manfaat bersauna,
pengguna sauna juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan. Jauhkan amalan
memakan makanan yang boleh mengundang lemak untuk menempel di badan kita. Untuk
melihat keberkesanan sauna ini, setiap pengguna dinasihatkan untuk:-
1) Bersauna tiga (3) kali seminggu dan konsisten –
Bersauna secara konsisten adalah kunci kepada kejayaan kurus dengan
bersauna. Bersauna dengan konsisten juga membantu meningkatkan kadar
metabolisme akan meningkat sehingga 50%. Ini akan membantu badan membakar
lebih banyak kalori dan pasti membantu anada mengurangkan berat badan.
2) Meminum air sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari -
Minum air yang cukup untuk mengelakkan badan terhidrat apabila bersauna. Air
yang cukup juga boleh membantu badan mengeluarkan toksin dalam badan. Selain
itu air juga membantu meningkatkan kadar metabilsme dalam badan.
3) Meminum air sebelum dan selepas bersauna –
Penting bagi setiap pengguna untuk meminum air sebelum dan selepas sauna agar
badan kita tetap berasa segar dan bertenaga serta membuatkan badan kita lebih
bersedia untuk mengeluarkan peluh dalam kadar yang banyak. Peluh yang
dikeluarkan sebenarnya amat baik dari sudut kesihatan kerana ia menyingkan
lemak dan membuang toksin di dalam badan.
4) Mandi selepas peluh kering –
Digalakkan kepada semua pengguna agar mengeringkan badan seketika sehingga
peluh di badan benar-benar kering sebelum mandi untuk mengelakkan masalah kulit
seperti panau dll. Jika tidak mahu mandi selepas bersauna pun tidak mengapa,
lap badan dengan kain bersih selepas peluh kering.
Tips langsing dengan bersauna.
·
Pastikan anda minum air kosong
sebelum bersauna. Bersauna selama 15-20 minit. Berhenti sekejap, disarankan
minum air kosong. Ulang sauna semula untuk tempoh 15-20 minit lagi. minum air
selepas bersauna. PASTIKAN ANDA MINUM AIR KOSONG YANG MENCUKUPI UNTUK
MENGELAKKAN BADAN KEKURANGAN AIR.
·
Anda juga perlu menjaga pemakanan
dengan mengawal pengambilan kalori dalam pemakanan untuk mendapatkan tubuh yang
sihat dan langsing.
·
Disiplin, disiplin, disiplin….ya,
untuk mendapatkan kesan maksimum, anda perlu disiplin dan jadikan amalan
bersauna rutin hidup anda. SELAMAT BERSAUNA…
sumber : www.izalin.com