Ahad, 14 Oktober 2012

Lagi 10 cara meningkatkan metabolisma anda.





1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun 

semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah
lebih tinggi pada 

mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap 

pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.



2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot 

namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.



3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita 

kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari 

seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air 

dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai 

tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.



4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih 

kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau 

cream/susu pekat manis.



5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil 

snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan 

jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari 

dan makan malam.



6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang 

bolehmeninggikan kadar metabolisme.



7.Makan lebih protein – Badan membakar

kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber 

protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah 

lemak.



8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar 

untuk lakukan, betul tak…:))



9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau 

seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat 

setahun.



10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 

kalorisehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya 

pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot 

berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang 

kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu 

sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.



Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:

1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi

2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini 

disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor 

hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.




Sumber : sifu rozie.