Selasa, 9 Oktober 2012

Petua aku nak kurus 3...


Tips pertama untuk kuruskan badan
Anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda.
1. Sediakan senarai MENU makanan anda setiap hari dengan jumlah kalori sekali.
2. Sebelum makan,
haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.
3. Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.
4. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis
5. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

Tips ke2 kuruskan badan
 Sediakan jampi aka motovasi supaya anda setia dengan apa yang anda sedang lakukan.
”Saya tahu saya sangat cantik apabila saya kurus”. heh! Tak salah bagi anda untuk memuji diri sendiri dan bagi saya, pujian merupakan pembakar semangat untuk berusaha lebih keras.  ahaha. ‘alahai, jojo struys mesti akan terpikat kalau perut saya tidak terboroi kehadapan”.Fikir-fikirkan lah yer!

Tips ke3 kuruskan badan
Bersenan bersama keluarga tercinta:
Nampak agak pelik bukan tetapi pernah tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami isteri yang berlari bersama – sama?Sebenarnya berjogging berdua lebih cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. Lelaki terutamanya apabila melakukan sesuatu perlu ada penggerak utama baru kerja akan berjalan dengan cepat.