Petua Untuk Merampingkan Badan.
#untuk result yg max,boleh ambil alpha lipid sd2 sbg meal supplement utk bantu anda kurus..
1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap
hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan
tangga.
2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu
membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum
makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada
rasa lapar berlebihan.
3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan.
Mereka yang
tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada
waktu tengah hari.
4. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran
kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol
badan.
5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang
makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan
bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk
kesihatan.alsd2 boleh kawal sgl mslh ini.
7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan
sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap
hari.
8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok
dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan
tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi
aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.
9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan
apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan
terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
10. Amalkan yang pahit. Guna kopi tanpa gula dan kumur beberapa
saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat
melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan
asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
12. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya
mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.
13. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang
tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna
badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan
disebabkan air.
14. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat
badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak
mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang
mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah.
Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
15. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan
perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
16. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum
menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
17. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit,
daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
18. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan
ringan, beruslah gigi . Rasa “mint” atau
berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
19. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam
makanan anda.
20. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air
limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran
lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
20. Sayur-sayuran adalah sumber terbaik
untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
21. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana
anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda
timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa
untuk berdiet.
22. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah
seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan
sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
23. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah
sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
24. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang
apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal
sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa
yang boleh menyihatkan tubuh badan.
25. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah
kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk
sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak
masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
26. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang
rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring,
kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika anda ingin tambah,
hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan
jangan di sembarang tempat, apa lagi sambil menonton tv. Sebab, semakin menarik
program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda akan habiskan.
27. Kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu
menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda
berjalan, 1 kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu
sahaja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja
terisi.
28. Anda juga perlu perhatikan tabiat berbelanja dan
memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan
sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai
buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda elakkan.