Sabtu, 28 Julai 2012

PENURUNAN YANG MENDATAR.



PENURUNAN YANG MENDATAR.

Badan anda mungkin telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air menyebabkan penurunan berat anda mendatar. Perkara ini juga memang kerap berlaku daripada apa yang kita sangkakan.

Apabila kita tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh berfungsi dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati adalah kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa mengambil alih sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang maka ia tidak boleh berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia menyebabkan pembakaran lemak berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan berat akan terganggu. Air juga diperlukan untuk membuang bahan toksid hasil pembakaran lemak itu.

Ramai yang masih tidak percaya bahawa air adalah jawapan yang paling baik untuk mengatasi masalah penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang minum air, badan kita akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau musim kemarau sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air sebanyak yang boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki yang agak membengkak.
Apabila kita meminum cukup air maka masalah “water retention” ini tidak akan berlaku. Badan sudah tidak berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi ia akan mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup. Tidak meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku jika berat tidak turun.


Anda tidak memakan cukup protien
Jika anda tidak memakan cukup protien, maka besar kemungkinan anda akan memecah protien didalam badan anda sendiri untuk mendapatkan tenaga. Ini bermakna jisim otot anda akan berkurangan dan secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma anda. Jika metabolisma anda rendah maka pembakaran lemak menjadi terganggu dan penurunan berat anda menjadi mendatar.

Pastikan anda memakan cukup protien seperti yang disarankan didalam program diet anda.



Anda mungkin mengalami masalah “food intolerances” dan ia menghalang penurunan berat anda
Makanan yang anda makan semasa menjalani diet SD2 mungkin menyebabkan anda mengalamai masalah ketidakselarasan makanan ini dan menghalang penurunan berat anda. Badan anda tidak boleh menerima makanan tersebut dan bertindak dengan menghalang penurunan berat anda. Tidak semua orang mempunyai tidakbalas yang sama untuk makanan tersebut. Namun begitu jika anda menjangka menghidapi masalah tersebut, maka anda boleh membuat ujikaji untuk pengasingan makanan tersebut dengan mengubahsuai menu makanan anda. Cuba mengasingkan makanan yang disyaki selama 1 atau 2 minggu dan lihat apa yang berlaku pada penurunan berat anda.

Diantara tujuh jenis makanan yang sensitif untuk kita selalunya adalah gandum, susu, kekacang, gula, soya, telur dan jagung. Jenis makanan bergandum juga boleh di kembangkan termasuk semua jenis bijiran dan jenis susu termasuk juga keju atau cheese. Diantara makanan lain yang juga dikenali  menghalang penurunan berat anda termasuklah pemanis tiruan terutamanya aspartame; citric asid yang terdapat didalam diet soda; glycerin, yang terdapat didalam kebanyakan protien-bars sebagai gantian makanan rendah karbohidrat dan juga alkohol.



Anda masih kurang makan
Saya kerapkali mengingatkan orang yang baru bermula mencuba diet SD2 bahawa pantang yang pertama bagi diet ini adalah jangan berlapar.

Kita kena faham bahawa badan kita akan menjadi lebih cekap untuk menyimpan lemak dan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja untuk hidup sekiranya kita makan terlalu sedikit atau selalu berlapar. Dengan kalori yang tersangat rendah hanya akan melembabkan metabolisma kita dan penurunan berat badan akan jadi mendatar.

Makanlah dengan kenyang dan jauhkan diri anda dari berlapar ketika berdiet. Berdiet bukan berlapar tetapi pilih makanan yang membolehkan kita turun berat badan walaupun kita kenyang...



Anda melalui fasa penyesuaian diri !
Kita harus faham bahawa apabila ia bersangkutan dengan penurunan berat badan, makan badan kita akan berfungsi seperti kitaran maklumbalas pada sebuah thermostat.
Badan kita memerlukan satu fasa penyesuaian diri dengan fungsi-sungsi yang bersangkutan terhadap jumlah makanan dan jenis-jenis sumber tenaga yang ia dapati; sama seperti sebuah thermostat yang perlu berfungsi mengikut kesesuaian suhu udara didalam sebuah bilik. Dengan itu, cara tindakbalas badan kita berfungsi untuk perubahan yang baru ini juga tidak sama untuk semua orang. Ada badan yang lebih peka dan ada yang lambat untuk bertindakbalas.

Sekiranya kita mengubah tahap aliran permulaan atau “set point” yang baru pada badan kita, maka ia akan berlaku secara beransur-ansur dan bukan sekali gus. Apabila berat kita mendatar pada tahap yang sama dan tidak turun selama beberapa hari atau beberapa minggu maka ini mungkin disebabkan badan kita perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri pada aturan yang baru.

Sekiranya anda tetap menjaga diet anda dan tidak berputus asa, akhirnya berat anda akan turun semula dan jarum penimbang juga akan mula bergerak kearah penurunan yang anda idamkan.