PENURUNAN YANG MENDATAR.
Badan anda mungkin
telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air menyebabkan penurunan berat anda
mendatar. Perkara ini juga memang kerap berlaku daripada apa yang kita
sangkakan.
Apabila
kita tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh berfungsi
dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati adalah
kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa mengambil alih
sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang maka ia tidak boleh
berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia menyebabkan pembakaran lemak
berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan berat akan terganggu. Air juga
diperlukan untuk membuang bahan toksid hasil pembakaran lemak itu.
Ramai
yang masih tidak percaya bahawa air adalah jawapan yang paling baik untuk
mengatasi masalah penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang minum air,
badan kita akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau musim kemarau
sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air sebanyak yang
boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki yang agak
membengkak.
Apabila
kita meminum cukup air maka masalah “water retention” ini tidak akan berlaku.
Badan sudah tidak berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi ia akan
mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.
Oleh
itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup. Tidak
meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku jika berat
tidak turun.
Anda tidak memakan cukup protien
Jika
anda tidak memakan cukup protien, maka besar kemungkinan anda akan memecah
protien didalam badan anda sendiri untuk mendapatkan tenaga. Ini bermakna jisim
otot anda akan berkurangan dan secara tidak langsung akan merendahkan kadar
metabolisma anda. Jika metabolisma anda rendah maka pembakaran lemak menjadi
terganggu dan penurunan berat anda menjadi mendatar.
Pastikan
anda memakan cukup protien seperti yang disarankan didalam program diet anda.
Anda mungkin mengalami masalah “food intolerances” dan ia
menghalang penurunan berat anda
Makanan
yang anda makan semasa menjalani diet SD2 mungkin menyebabkan anda mengalamai
masalah ketidakselarasan makanan ini dan menghalang penurunan berat anda. Badan
anda tidak boleh menerima makanan tersebut dan bertindak dengan menghalang
penurunan berat anda. Tidak semua orang mempunyai tidakbalas yang sama untuk
makanan tersebut. Namun begitu jika anda menjangka menghidapi masalah tersebut,
maka anda boleh membuat ujikaji untuk pengasingan makanan tersebut dengan mengubahsuai
menu makanan anda. Cuba mengasingkan makanan yang disyaki selama 1 atau 2
minggu dan lihat apa yang berlaku pada penurunan berat anda.
Diantara
tujuh jenis makanan yang sensitif untuk kita selalunya adalah gandum, susu, kekacang, gula, soya,
telur dan jagung. Jenis makanan bergandum juga boleh di
kembangkan termasuk semua jenis bijiran dan jenis susu termasuk juga keju atau
cheese. Diantara makanan lain yang juga dikenali menghalang penurunan
berat anda termasuklah pemanis tiruan terutamanya aspartame; citric asid yang
terdapat didalam diet soda; glycerin, yang terdapat didalam kebanyakan
protien-bars sebagai gantian makanan rendah karbohidrat dan juga alkohol.
Anda masih kurang makan
Saya
kerapkali mengingatkan orang yang baru bermula mencuba diet SD2 bahawa pantang
yang pertama bagi diet ini adalah jangan berlapar.
Kita
kena faham bahawa badan kita akan menjadi lebih cekap untuk menyimpan lemak dan
hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja untuk hidup sekiranya kita makan
terlalu sedikit atau selalu berlapar. Dengan kalori yang tersangat rendah hanya
akan melembabkan metabolisma kita dan penurunan berat badan akan jadi mendatar.
Makanlah
dengan kenyang dan jauhkan diri anda dari berlapar ketika berdiet. Berdiet
bukan berlapar tetapi pilih makanan yang membolehkan kita turun berat badan
walaupun kita kenyang...
Anda melalui fasa penyesuaian diri !
Kita
harus faham bahawa apabila ia bersangkutan dengan penurunan berat badan, makan
badan kita akan berfungsi seperti kitaran maklumbalas pada sebuah thermostat.
Badan
kita memerlukan satu fasa penyesuaian diri dengan fungsi-sungsi yang
bersangkutan terhadap jumlah makanan dan jenis-jenis sumber tenaga yang ia
dapati; sama seperti sebuah thermostat yang perlu berfungsi mengikut kesesuaian
suhu udara didalam sebuah bilik. Dengan itu, cara tindakbalas badan kita
berfungsi untuk perubahan yang baru ini juga tidak sama untuk semua orang. Ada
badan yang lebih peka dan ada yang lambat untuk bertindakbalas.
Sekiranya
kita mengubah tahap aliran permulaan atau “set point” yang baru pada badan
kita, maka ia akan berlaku secara beransur-ansur dan bukan sekali gus. Apabila
berat kita mendatar pada tahap yang sama dan tidak turun selama beberapa hari
atau beberapa minggu maka ini mungkin disebabkan badan kita perlukan sedikit
masa untuk menyesuaikan diri pada aturan yang baru.
Sekiranya
anda tetap menjaga diet anda dan tidak berputus asa, akhirnya berat anda akan
turun semula dan jarum penimbang juga akan mula bergerak kearah penurunan yang
anda idamkan.